Site icon TechNave BM

realme dedahkan kemas kini antarabangsa untuk Android 13, dimulakan dengan GT2 Pro

realme telah pun berkongsi rancangannya untuk kemas kini Android 13 iaitu realme UI 4.0 di China. Presiden realme antarabangsa, Madhav Sheth telah mendedahkan beberapa butiran mengenainya.

Antara peranti pertama yang akan mendapat kemas kini baharu adalah realme GT2 Pro. Ini kerana ia sudah pun mengumpulkan pengguna untuk akses awal dan akan diikuti oleh GT Neo 3 dan model standard GT2 menjelang akhir bulan.

OS baharu mempunyai realme UI 4.0 tetapi antara muka masih belum dilancarkan secara rasmi. Tarikh ini adalah untuk pelancaran akses awal yang juga bermakna versi stabil terakhir akan dilancarkan dalam beberapa minggu selepas masa yang disenaraikan.

realme UI 4.0 dikhabarkan akan tiba pada 15 September. Memandangkan pakej akses awal sudah pun diuji, laporan ini semakin jelas mengenai pelancarannya tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version