Site icon TechNave BM

realme Dizo acah telefon pertama, mungkin dilengkapi spesifikasi asas

Pada bulan lalu, realme telah mengumumkan jenama baru realme Dizo yang akan memfokuskan pada penghasilan produk Internet Pelbagai Benda (AIoT). Selepas mereka mengumumkan fon telinga wayarles dan jam tangan pintar, kini Dizo mengacah produk yang seterusnya iaitu sebuah telefon bimbit yang belum dinamakan.

Dizo telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan bayangan telefon pintar, di mana ia mungkin dilengkapi modul kamera berbentuk bulat serta sebuah lampu kilat (flash). Walaupun Dizo tidak memberikan sebarang nama, ia mungkin adalah Dizo Star 500 yang telah mendapat pengiktirafan Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat pada bulan Mei lalu.

Menurut pengiktirafan tersebut, Dizo Star 500 bakal dilengkapi bateri 1,830mAh, kekunci fizikal, ruang kad microSD dan sokongan dwi-kad SIM. Sebuah lagi varian iaitu Star 300 pula dilengkapi bateri yang lebih besar dengan kapasiti 2,500mAh.

Kedua-dua telefon nampak seperti ia akan dilengkapi spesifikasi asas sahaja, untuk pengguna yang tidak inginkan prestasi canggih.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Dizo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version