Site icon TechNave BM

realme DIZO dijangka akan melancarkan 7 produk baru pada bulan September ini

DIZO adalah jenama pertama di bawah realme TechLife. Jenama ini diperkenalkan pada bulan Mei lalu dan telah pun melancarkan beberapa aksesori telefon pintar dan gajet AIOT. Kini, sumber dalam talian memberitahu bahawa jenama ini akan melancarkan 7 lagi produk di pasaran India pada bulan hadapan.

Mengikut 91Mobiles, DIZO bakal melancarkan 7 produk baru di India pada bulan September ini. Ia tidak mengejutkan kerana mereka dilihat telah mengacah pelancaran produk mereka di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Sumber menyatakan bahawa DIZO akan melancarkan tiga fon telinga wayarles, dua jam tangan pintar dan dua lagi produk misteri. Produk misteri ini mungkin adalah soundbar (pembesar suara). Namun begitu, produk DIZO ini berkemungkinan adalah penjenamaan semula aksesori realme.

Apa pun, mari kita tunggu dan lihat pada acara pelancarannya tidak lama lagi. Berikan komen anda mengenainya di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version