Site icon TechNave BM

realme Flash diacah sebagai telefon Android pertama dengan cas wayarles magnet!

Terbaru, realme mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah telefon pintar yang menyokong pengecasan wayarles magnet, realme Flash. Ini bermakna peranti baru realme ini akan dilengkapi magnet pada panel belakangnya. Seperti yang sedia maklum, penggunaan magnet pada telefon pintar pertama kali digunakan oleh siri iPhone 12.

Melihat kepada poster yang diacah, ia akan hadir dengan kamera tri pada bahagian belakang dengan kamera utama bersaiz gergasi.

Selain itu, ia juga dikhabarkan akan hadir dengan reka bentuk punch-hole pada skrinnya. Yang lebih menarik, ia dijangka akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 888, RAM 12GB, storan 256GB dan antara muka realme UI 2.0 atas Android 11.

Berbalik ke pengecas wayarles magnet, ia dilaporkan akan hadir dengan nama MagDart dan akan menggunakan port USB-C. Kelajuan pengecasan masih lagi belum diketahui, namun sumber memberitahu bahawa ia mungkin akan mengecas melebihi 15W.

Kami menjangkakan bahawa realme akan melancarkan telefon pintar realme Flash dan juga pengecas MagDart dalam masa yang terdekat.

Nantikan pelancaran peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version