Site icon TechNave BM

realme GT 2 Pro akan ditawarkan dalam 3 varian utama

realme telah pun disahkan bahawa mereka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan seterusnya, realme GT 2, pada 4 Januari 2022 dan beberapa spesifikasi asasnya sudah pun diketahui.

Kini terdapat maklumat awal bahawa realme GT 2 Pro akan ditawarkan dalam tiga varian utama iaitu realme GT 2 Pro, realme GT 2 Pro Master Edition dan realme GT 2 Pro Camera.

Setakat ini masih tidak diketahui apakah perbezaan utama di antara ketiga-tiga varian tersebut, namun jika dilihat pada telefon-telefon yang telah dilancar pada 2021, Master Edition akan mempunyai rekaan luaran yang lebih menarik manakala varian Camera pula bakal mempunyai spesifikasi kamera yang lebih canggih.

realme telah pun berkongsi beberapa gambar awal untuk siri realme GT 2 Pro yang menunjukkan rekaan yang telah dibina oleh pereka dari Jepun, Naoto Fukasawa.

Telefon ini dijangka bakal menjadi peranti realme pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version