Site icon TechNave BM

realme GT 2 Pro bakal dilengkapi skrin resolusi 2K, kadar segar semula 120Hz

realme bakal melancarkan siri telefon pintar andalan seterusnya, realme GT 2 Pro, pada awal tahun hadapan iaitu 4 Januari 2022. Sebelum ini, maklumat tentang rekaan luarannya telah pun diketahui dan kini eksekutif realme sendiri telah berkongsi lebih banyak maklumat tentang peranti tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) realme Xu Qi Chase, beliau telah menulis nombor 32161440 menggunakan realme GT 2 Pro di laman Weibo beliau. Ini mungkin merujuk kepada resolusi skrin telefon tersebut iaitu 3216 x 1440 atau 2K.

Selain itu, poster terbaru realme juga menunjukkan maklumat lanjut tentang skrin tersebut, di mana ia mempunyai panel AMOLED LTPO, kadar bacaan sentuhan 1,000Hz, tindak balas sentuhan 75 milisaat dan kadar segar semula adaptif di antara 1Hz hingga 120Hz.

Tiada maklumat rasmi tentang realme GT 2 atau realme GT 2 Pro setakat ini. Menurut pengkhabar berita teknologi Mukul Sharma, realme GT 2 akan dilengkapi cipset Snapdragon 888, skrin AMOLED 6.62 inci, bateri 5,000mAh, kamera 50MP+8MP+2MP, kamera swafoto 16MP, RAM 8GB dan storan 128GB.

Untuk realme GT 2 Pro pula, ia dijangka akan dilengkapi spesifikasi serupa namun dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1. Siri telefon itu akan dilancar pada 4 Januari 2022 jam 7:30 malam.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version