Site icon TechNave BM

realme GT 2 Pro dalam penyenaraian IMEI, mungkin dilancar pada tahun ini

realme telah memutuskan untuk mencipta barisan terbaru yang melahirkan telefon andalan pertama iaitu realme GT 5G yang kemudiannya diikuti oleh realme GT Neo, GT Master Edition, Master Explorer Edition, GT Neo2 dan GT Neo2T. Laporan mengatakan barisan GT tidak akan berhenti berkembang pada tahun ini kerana realme GT 2 Pro sedang berjalan untuk keluarannya.

Mukul Sharma mendedahkan telefon pintar realme GT 2 Pro dengan nombor model RMX3301 pada pangkalan data IMEI. Data penyenaraian menunjukkan bahawa ia adalah telefon pintar baharu dan hanya disiarkan hari ini. Selain daripada nombor model, kami tidak mengetahui sebarang maklumat lain hanya sekadar spekulasi telefon pintar.

Nombor model realme RMX3301 kelihatan seperti model realme GT Neo, RMX3031. Realme GT Neo hadir dengan MediaTek Dimensity 1200 SoC akan tetapi GT Neo2 menggunakan Qualmcomm Snapdragon 870 SoC. Moniker realme GT 2 Pro mungkin merupakan pengganti Realme GT asal dengan Snapdragon 888. Sekiranya terdapat varian Pro, berkemungkinan juga terdapat realme GT 2 pada masa hadapan.

Syarikat itu telah menunjukkan bahawa kita tidak perlu menuggu untuk keluaran realme GT Neo2. Oleh itu, kami menjangka terdapat kemungkinan besar realme GT 2 dan GT 2 Pro akan mula diperkenalkan sebelum akhir tahun ini. Ini adalah perkara biasa bagi syarikat seperti Vivo dan iQOO untuk melancarkan lebih daripada satu telefon pintar utama setiap tahun.

Kami menjangkakan realme GT 2 Pro akan menjadi telefon pintar utama. Ia mungkin hadir dengan Qualcomm Snapdragon 888 atau lebih tinggi diikuti dengan RAM 12 GB dan storan 256 GB. Peranti mungkin membawa skrin AMOLED yang besar dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Kami menjangkakan baterinya lebih besar daripada bateri 4,500 mAh dengan pengecasan 65W atau lebih baik daripada itu. Peranti itu juga boleh memasuki pasaran dengan realme UI 3.0 menjadikan ia telefon pintar realme pertama yang dengan Android 12 luari kotak.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version