Site icon TechNave BM

realme GT 5G sah akan dilancar pada minggu depan

Telefon pintar andalan realme GT 5G yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 888 5G merupakan antara gajet yang paling dinanti oleh peminat telefon di seluruh dunia. Kini, syarikat teknologi tersebut telah mengumumkan tarikh pelancaran realme GT 5G untuk pasaran antarabangsa.

realme United Kingdom (UK) telah mengumumkan bahawa realme GT 5G akan dilancar pada hari Selasa, 15 Jun jam 1:00 petang BST (8:00 malam waktu Malaysia).

Sebelum ini, dua varian untuk telefon tersebut sudah pun disahkan akan dilancar pada bulan Jun dan Julai, di mana varian realme GT 5G Performance Flagship akan dilancar pada bulan Jun manakala varian realme GT Camera Flagship akan dilancar pada bulan Julai.

realme GT 5G Performance Flagship dijangka akan dilengkapi spesifikasi yang sama dengan realme GT 5G yang telah dilancar untuk pasaran China, termasuklah cipset Snapdragon 888, skrin AMOLED 120Hz dan pengecasan pantas 65W.

Sementara itu, realme GT Camera Flagship pula dikhabarkan adalah realme GT Neo yang dijenamakan semula. Varian ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200, skrin AMOLED 120Hz, tiga kamera dengan sensor Sony IMX682 dan pengecasan pantas 50W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri realme GT 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version