Site icon TechNave BM

realme GT 6 dilancar di Malaysia: SD 8s Gen 3, skrin 6,000 nits, pelbagai fungsi AI bermula RM2,599

Pada hari ini, realme melancarkan siri telefon pintar andalannya yang terbaru iaitu realme GT 6 Series yang terdiri daripada realme GT 6 dan realme GT 6T. Ia menampilkan pelbagi spesifikasi canggih, fungsi kecerdasan buatan (AI) terkini dan rekaan yang sangat cantik.

realme GT 6 dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 yang boleh menjana prestasi pantas dalam kebanyakan aplikasi dan game. Ia boleh memainkan PUBG Mobile dan League of Legends dalam mod 120fps, manakala game lain seperti Mobile Legends, Honor of Kings, Call of Duty Mobile dan Genshin Impact juga boleh dimainkan dengan lancar pada setiap masa.

Cipset tersebut dibina dengan nod proses 4nm oleh TSMC dan menampilkan lapan teras, terdiri daripada satu teras Cortex-X4 3.0GHz, empat teras A720 2.8GHz dan tiga teras A520 2.0GHz. Ia merupakan cipset tercanggih oleh Qualcomm setakat ini, dengan markah penanda aras AnTuTu lebih 1,650,000.

Ia turut mempunyai system penyejukan Iceberg Vapor Cooling System, dengan sembilan lapisan, kawasan pelasapan haba seluas 36,361mm2 dan boleh merendahkan suhu sebanyak 20°C.

Selain itu, skrinnya pula boleh menjana kecerahan puncak sehingga 6,000 nits, supaya ia mudah dilihat walaupun sewaktu berada di bawah cahaya matahari terik. Ia juga dilengkapi teknologi AI yang boleh melaraskan suhu warna dan kecerahan secara automatik bagi menghasilkan pengalaman tontonan yang selesa.

Ia dilengkapi panel 8T LTPO yang boleh menjana kadar segar semula 120Hz sambal mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20% berbanding panel LTPS. Kacanya dibuat daripada kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 untuk ketahanan yang tinggi.

Selain itu, realme GT 6 dilengkapi pelbagai fungsi AI seperti AI Smart Removal yang boleh membuat objek yang tidak diingini dalam gambar dan AI Smart Loop untuk perkongsian fail pantas dengan aplikasi pihak ketiga.

Beberapa fungsi realme NEXT AI yang diperkenalkan dalam realme GT 6 Series

Kameranya pula mempunyai sensor Sony LYT-808 50MP yang boleh menghasilkan kualiti gambar yang cantik dalam suasana malap. Ia mempunyai AI Night Vision Mode yang menggunakan pemprosesan AI untuk mencerahkan gambar malap dengan lebih cantik dan kurang noise.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri realme GT 6:

realme GT 6

realme GT 6T

Pra-tempahan akan dibuka bermula 21 Jun sehingga 31 Julai 2024 dan setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah bernilai RM797, terdiri daripada Jam Pintar TechLife A1, Jaminan Kerosakan Skrin 1 Tahun serta Jaminan Penggantian 1-ke-1 selama 30 Hari.

Untuk realme GT 6T, ia akan dijual pada harga RM1,999 sahaja sehingga 24 Jun 2024. Promosi khas ini hanya boleh didapati di Shopee, Lazada dan TikTok Store.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version