Site icon TechNave BM

realme GT 6 kini tersedia untuk ditempah, deposit RM6 untuk dapatkan hadiah percuma RM1,096!

realme GT 6 yang bakal dilengkapi skrin paling cerah di dunia kini tersedia untuk ditempah di Malaysia dengan deposit serendah RM6. Deposit yang perlu dibayar bukan sahaja rendah, malah ia memberikan anda diskaun awal pembelian serta hadiah percuma bernilai RM1,096. Tempoh tempahan tersedia sekarang sehingga 20 Jun ini.

Selepas pembayaran penuh dibuat, pengguna akan menerima realme GT 6 dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,096 termasuk realme Buds Air 5 (boleh didapati di kedai jenama realme) atau realme Buds T110 (kedai pengedar sah), Techlife Watch A1, waranti kerosakan skrin 1 tahun dan waranti penggantian 1-untuk-1 30 hari.

Menurut realme Malaysia, siri realme GT 6 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 8s Gen 3 manakala realme GT 6T dilengkapi dengan cipset Snapdragon 7+ Gen 3. Siri ini dilengkapi dengan paparan ultra-terang 6000nit, sistem penyejukan wap Iceberg termaju dan bateri 5,500mAh tahan yang menyokong pengecasan SUPERVOOC 120W.

Siri realme GT 6 juga mengumumkan “Power Meets AI” yang menyepadukan pelbagai fungsi AI seperti AI Smart Removal untuk mengedit foto, AI Night Vision untuk menangkap foto cahaya malap dan AI Smart Loop untuk tugasan kehidupan harian yang lancar. Kepada yang berminat, anda boleh mengunjungi cawangan kedai realme dan pengedar sah di sini.

Pelancaran realme GT 6 secara rasmi di Malaysia dijadualkan pada 20 Jun 2024. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT 6 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version