Site icon TechNave BM

realme GT 7 Dream Edition dilancar di Malaysia: Edisi khas bersama Aston Martin F1 Team berharga RM2,999

Sewaktu realme melancarkan siri realme GT 7 untuk pasaran Malaysia pada hari ini, realme turut melancarkan sebuah telefon pintar edisi khas iaitu realme GT 7 Dream Edition yang merupakan sebuah kerjasama antara realme dengan pasukan lumba kereta Aston Martin F1 Team.

Ia mempunyai spesifikasi dan fungsi-fungsi sama yang terdapat pada realme GT 7, namun telefon edisi khas ini didatangkan dengan pembungkusan khas, rekaan premium dan tema UI yang unik. Untuk rekaan luaran, telefon ini mempunyai warna hijau Aston Martin Racing Green, garisan aerodinamik dan logo Silver Wings yang diukir khas.

Dalam kotak, telefon ini disertakan dengan sarung khas Silver Wings dan alat pin kan SIM yang berbentuk kereta lumba F1.

Selain estetika luaran, antara muka (UI) telefon ini bertemakan Aston Martin dengan warna hijau dan pelbagai logo-logo istimewa. Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk telefon ini:

realme akan menganjurkan promosi khas untuk siri telefon ini, di mana jika anda membelinya dalam tempoh 31 Mei hingga 30 Jun 2025, anda akan menerima pakej hadiah bernilai RM997 yang terdiri daripada tongkat selfie, jaminan lanjutan 1 tahun dan jaminan skrin. Ia boleh dibeli di realme Brand Stores, Pengedar Sah serta Kedai Rasmi di Shopee, Lazada & TikTok Shop.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version