Pada bulan Oktober, beberapa telefon pintar andalan baru akan dilancarkan di pasaran China. Qualcomm akan memperkenalkan cipset Snapdragon 8 Gen 4 melalui Snapdragon Summit 2024 yang berlangsung antara 21 hingga 23 Oktober 2024.
Selepas pelancaran cipset ini, realme yang dikhabarkan sedang membangunkan realme GT 7 Pro akan menggunakan cipset tersebut seperti yang dinyatakan di Weibo. Sumber tersebut mendakwa bahawa OnePlus 13 akan dilancarkan pada akhir Oktober manakala realme GT 7 Pro dijangka debut pada awal November. realme GT 7 Pro dikatakan akan menggunakan kombinasi kaca dan bahan komposit pada reka bentuknya.
realme GT 7 Pro mungkin dilengkapi dengan paparan BOE X2 LTPO bersaiz 6.78 inci dengan reka bentuk mikro-lengkung di keempat-empat sisi. Paparannya menawarkan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan sensor cap jari ultrasonik di bawah skrin. Kamera belakangnya mungkin termasuk kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar serta kamera periskop telefoto Sony LYT-600 dengan zum optikal 3x dan zum digital hingga 120x.
Telefon ini juga dijangka hadir dengan RAM sehingga 16GB, storan 1TB, bateri 6,000mAh dengan pengecasan 100W dan penarafan kalis air IP69. Bukan itu sahaja, GT 7 Pro mungkin dilengkapi dengan butang Kawalan Kamera seperti iPhone 16 dengan sistem operasi realme UI 6.0 berdasarkan Android 15.
Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

