Site icon TechNave BM

realme GT 7 Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Elite, cas pantas 120W, NEXT AI berharga RM3,699

realme Malaysia hari ini mencatatkan sejarah dengan menjadi jenama teknologi pertama yang melancarkan telefon pintar andalan (flagship) dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite di Malaysia, iaitu realme GT 7 Pro. Sebagai telefon yang dilengkapi cipset tercanggih oleh Qualcomm buat masa ini, ia menawarkan prestasi yang sangat pantas untuk semua kegunaan, terutamanya sewaktu bermain game dan pemprosesan AI.

Snpadragon 8 Elite adalah cipset lapan teras yang terdiri daripada dua teras 4.32GHz dan enam teras 3.52GHz dengan seni bina Oryon, dan dibuat daripada nod proses 3nm TSMC. Ini adalah cipset 3nm pertama oleh Qualcomm dan menurut penanda aras AnTuTu, ia mencatatkan markah hampir 3 juta.

Jika dibandingkan dengan Snapdragon 8 Gen 3, cipset ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 45%, serta penggunaan tenaga lebih rendah sehingga 44%. Dengan prestasi tinggi ini, ia boleh memainkan pelbagai game dengan kadar bingkai tinggi pada tempoh yang lama, seperti PUBG Mobile dengan 120fps dan Genshin Impact dengan 60fps.

Seperti kebanyakan telefon yang dilancar pada tahun ini, ia mempunyai pelbagai fungsi AI seperti:

Untuk fotografi, telefon ini mempunyai satu fungsi unik iaitu Underwater Mode yang khas digunakan sewaktu telefon ini ditenggelami air. Sebaik sahaja telefon ini tenggelam, Underwater Mode akan diaktfikan secara automatik dan anda boleh berinteraksi dengan skrin telefon ini seperti biasa sewaktu mengambil gambar.

Selain itu, baterinya pula berkapasiti besar dengan 6,500mAh dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 120W. realme mengatakan pengecasan selama 13 minit sudah cukup untuk cas daripada 0% kepada 50%, manakala pengecasan penuh mengambil masa 37 minit.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme GT 7 Pro:

Para pembeli awal akan menerima realme Buds Air 5 dan jaminan lanjutan selama setahun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon andalan generasi baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version