Naib presiden realme Xu Qi Chase telah berkongsi sebuah poster untuk realme GT yang memaparkan corak warna mirip Bumblebee iaitu gabungan warna hitam dan kuning. Berdasarkan terjemahan janaan komputer daripada tulisan Weibo beliau, ia akan dinamakan sebagai “realme GT Ares Special Edition Dawn”.
Beliau mengatakan rekaan tersebut diinspirasi daripada model kereta GT klasik, termasuklah daripada segi badan aerodinamik serta jalur berwarna hitam. Beliau turut mengatakan bahawa rekaan tersebut mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan dan dibuat menggunakan proses pewarnaan yang lebih canggih.
realme GT akan dilancar tidak lama lagi iaitu pada 4 Mac. Ia bakal menjadi peranti realme pertama yang dilengkapi cipset andalan Snapdragon 888.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan corak mirip Bumblebee ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Weibo

