Site icon TechNave BM

realme GT Master Edition akan dilancar pada 18 Ogos

Siri telefon pintar andalan realme GT Master Edition telah pun dilancar untuk pasaran China pada bulan Julai lepas dan kini peminat realme di seluruh dunia boleh melihat pelancaran antarabangsa untuk telefon tersebut yang akan berlangsung pada 18 Ogos jam 8:00 malam waktu Malaysia. Pelancaran tersebut boleh ditonton di laman Facebook realme Malaysia.

Di China, realme GT Master Edition dilengkapi skrin AMOLED 120Hz 6.43 inci, cipset Snapdragon 778 5G, tiga kamera, bateri 4,300mAh dan pengecasan pantas 65W. Sebuah lagi varian yang lebih canggih, realme GT Master Explorer Edition, turut dilancar di mana ia dilengkapi skrin AMOLED 120Hz 6.55 inci, cipset Snapdragon 870, tiga kamera, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W.

Telefon tersebut akan dilancar bersama komputer riba pertama daripada realme iaitu realme Book. Ia mungkin akan dilengkapi cipset Intel Core-i5 generasi ke-11, skrin 14 inci dengan resolusi 2K dan nisbah aspek 3:2 dan pengecasan pantas 65W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version