Site icon TechNave BM

realme GT Master Edition akan jadi telefon pertama dengan RAM 19GB

realme GT Master Edition sudah pun disahkan akan dilancar pada hari Rabu, 21 Julai dan setakat ini rupa luarannya sudah pun didedahkan. Kini, maklumat terbaru tentang telefon tersebut adalah sangat menarik di mana ia bakal dilengkapi RAM setinggi 19GB.

Naib presiden realme Xu Qi Chase telah berkongsi sebuah gambar dalam media sosial Weibo dengan kapsyen “12+7=19”, yang menunjukkan bahawa realme GT Master Edition mungkin akan dilengkapi RAM 12GB dan RAM tambahan sebanyak 7GB. Ini menjadikan gajet tersebut telefon dengan RAM tertinggi setakat ini, walaupun RAM asalnya tidaklah begitu tinggi.

Spesifikasi lain yang sudah tertiris untuk telefon ini termasuklah cipset Snapdragon 870 5G, skrin AMOLED FHD+ 6.55 inci dan pengecasan pantas 65W. Rekaan belakangnya bakal dibuat dengan bahan kulit (leather) dan jalur 3D yang menonjolkan keunikannya.

Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version