Site icon TechNave BM

realme GT Master Edition bakal dilancar di Malaysia pada 1 September 2021

realme Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT Master Edition pada hari Rabu, 1 September 2021 jam 12:00 tengah hari. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook realme Malaysia.

realme juga telah melantik tiga orang rapper tempatan bagi mempromosi telefon ini iaitu Joe Flizzow, Hullera dan Bunga. Ketiga-tiga artis telah pun bekerjasama menghasilkan sebuah lagu bertajuk Kena Check yang bertemakan semangat Dare to Leap oleh realme.

Daripada segi spesifikasi, realme GT Master Edition dijangka akan ditawarkan dalam dua varian memori iaitu 8GB+128GB dan 8GB+256GB serta dilengkapi cipset Snapdragon 778G, skrin AMOLED 6.5 inci 90Hz, bateri 4,300mAh dan kamera 64MP+8MP+2MP. Ia telah pun dilancar untuk pasaran China pada bulan lalu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version