Site icon TechNave BM

realme GT Master Edition bakal masuki pasaran Malaysia tidak lama lagi, MagDart pada 3 Ogos ini

Terbaru, realme Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk sebuah lagi telefon pintar dari siri GT iaitu realme GT Master Edition. Pada masa yang sama, mereka juga bakal mengadakan acara pelancaran untuk pengecas wayarles magnetik, realme MagDart.

Tidak lama yang lalu, realme telah melancarkan siri realme GT Master Edition untuk pasaran China. Kini, ianya disahkan oleh realme Malaysia bahawa peranti tersebut akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat. Namun, mungkin satu model sahaja akan diperkenalkan iaitu realme GT Master Edition.

Siri realme GT Master Edition

realme GT Master Edition hadir dengan reka bentuk dari Naoto Fukusawa dan menggunakan binaan kulit pada panel belakangnya. Ia dilengkapi skrin 6.43 inci AMOLED 120Hz, kamera 64, pengecasan pantas 65W dan cipset Snapdragon 778 5G.

Selain itu, realme dilihat bakal melancarkan pengecas wayarles magnetik, MagDart pada 3 Ogos ini. Pengecas wayarles ini boleh digunakan oleh peranti yang mempunyai magnet di belakangnya seperti siri iPhone 12.

Gambar Magdart tertiris

Pengecas ini adalah pengecas Android yang pertama yang menawarkan pengecasan pantas secara magnetik. Ia dikhabarkan akan mengecas lebih dari kelajuan 15W.

Apa pun, nantikan acara pelancaran MagDart pada 3 Ogos ini (jam 8 malam) di Facebook rasmi realme.

Berikan komen anda di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version