Site icon TechNave BM

realme GT Master Edition dapat akses beta awal realme UI 3.0 berasaskan Android 12

Baru-baru ini, realme telah mengeluarkan kemas kini realme UI 3.0 berasaskan Android 12 untuk realme GT 5G di India. Kini, realme GT Master Edition akan mendapat program beta akses awal realme UI 3.0.

Mereka yang berminat untuk mencuba realme UI 3.0 boleh mendaftar melalui menu Tetapan (Settings) pada edisi GT Master mereka > menu Kemaskini Perisian (Software Update), klik pada ikon Tetapan di sudut kanan atas, kemudian klik pada versi Percubaan (Trial Version) > Akses Awal (Early Access) > Mohon Sekarang (Apply Now) dan hantar butiran yang diminta. Anda akan menerima kemas kini jika permohonan anda diterima.

Sebelum anda memohon, anda perlu pastikan realme GT Master Edition anda mempunyai storan melebihi 10GB dan sekurang-kurangnya 60% bateri. Ia akan menjalankan perisian dengan nombor binaan RMX3360_11_A.08 dan mungkin akan menyokong versi RMX3363_11.A.09 tidak lama lagi.

Anda pelu rebut peluang untuk memohon sebaik sahaja realme umumkan tarikh permohonan kerana ia kelihatan agak terhad. Walaupun begitu, kami tidak mengalakkan kemas kini pada peranti utama kerana binaan akses awal tidaklah sestabil seperti binaan akhir dan mungkin akan mengganggu proses penggunaan anda.

Terdapat 17 telefon pintar dalam barisan untuk mendapatkan akses awal realme UI 3.0 iaitu  sembilan daripada Q1 2022 dan selebihnya daripada Q2 2022. Kongsi pendapat anda diFacebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version