Site icon TechNave BM

realme GT Master Edition dilancar di Malaysia: Snapdragon 778G, AMOLED 120Hz bermula RM1,499

Pada hari ini, realme Malaysia akhirnya melancarkan realme GT Master Edition dengan harga bermula dari RM1,499. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, telefon ini hadir dalam dua varian memori iaitu 8GB+128GB yang berharga RM1,499 dan 8GB+256GB yang berharga RM1,699.

Kedua-dua varian realme GT Master Edition akan mula dijual pada 9 September 2021 jam 12:00 tengah malam, secara eksklusif di Lazada. Sekiranya anda adalah salah seorang pembeli terawal, anda boleh mendapatkan edisi 8GB+128GB dengan harga pelancaran iaitu RM1,399. Sekiranya anda memilih untuk mendapatkan varian 8GB+256GB, anda boleh mendapatkan sound bar (bernilai RM129) secara percuma.

Daripada segi spesifikasi, realme GT Master Edition menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 778G, paparan AMOLED 6.5 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan bateri 4,300mAh. Kamera belakang terdiri daripada tiga iaitu sensor 64MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Pada pendapat kami, model 8GB + 256GB nampaknya agak bagus.

Layari laman web Lazada untuk maklumat lanjut tentang telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki realme GT Master Edition dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version