Site icon TechNave BM

realme GT Master Edition dilancar: Snapdragon 870, rekaan jalur 3D, kamera Sony IMX766 bermula ~RM1,571

realme hari ini telah memperkenalkan siri telefon kelas pertengahan terbaru di China iaitu realme GT Master Edition dan realme GT Explorer Master Edition. Kedua-dua telefon menawarkan prestasi yang mantap untuk telefon kelas pertengahan, terutamanya dengan cipset canggih seperti Snapdragon 870 5G dan Snapdragon 778 5G.

Perkara yang paling menarik untuk realme GT Explorer Master Edition adalah pada rekaan luarannya, di mana ia mempunyai jalur 3D yang mirip bagasi perjalanan (traveling bag). Ia telah direka oleh pereka dari Jepun, Naoto Fukusawa, dan beliau ingin menimbulkan perasaan mengembara buat mereka yang memiliki telefon ini.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme GT Master Explorer Edition:

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme GT Master Edition:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version