Site icon TechNave BM

realme GT Master Edition tertiris, mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 778 dan kemasan kulit

Sedia maklum, realme kini sedang menghasilkan sebuah lagi telefon andalan mereka iaitu realme GT Master Edition. realme dilihat telah bekerjasama sekali lagi dengan pereka bentuk Naoto Fukusawa untuk peranti ini. Kini, beberapa imej janaan telah tertiris dalam talian bersama spesifikasi pentingnya.

Melihat kepada gambar yang tertiris, reka bentuk peranti ini tidaklah terlalu beza berbanding yang asal. Kali ini, realme menawarkan tiga warna baru termasuklah dua warna putih dan satu warna coklat perang. Satu daripada warna putih ini akan dilengkapi kemasan kulit yang berjaring, manakala selebihnya dengan kemasan matte.

Untuk spesifikasi, realme GT Master Edition mungkin akan menggunakan skrin 6.43 inci Super AMOLED 120Hz. Yang berbeza dari asal, edisi ini dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 778 dan bukannya cipset Snapdragon 888. Ia mungkin akan ditawarkan dengan RAM setinggi 12GB dan storan 256GB.

realme GT Master Edition mungkin akan hadir dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan lensa makro 2MP. Baterinya adalah bersaiz 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Untuk harga, peranti edisi khas ini mungkin akan dijual bermula INR 35,300 (~RM1,969) untuk pilihan memori yang terendah.

Pada masa yang sama, realme GT akan memasuki pasaran Malaysia pada 7 Julai ini di kedai atas talian Shopee (mungkin berharga RM1849!).

Jadi, adakah anda menantikan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version