Site icon TechNave BM

realme GT Neo 2T akan dilancar pada 19 Oktober 2021

Selepas melancarkan realme GT Neo 2 pada bulan September lalu di China, kini realme mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah lagi varian kepada peranti tersebut iaitu realme GT Neo 2T pada hari Selasa, 19 Oktober 2021 jam 2:00 petang. Tarikh pelancaran itu telah disahkan dalam media sosial Weibo.

Spesifikasi untuk realme GT Neo 2T masih belum disahkan, namun ia mempunyai nombor model RMX3357 dan telah mendapat pengiktirafan dari TENAA. Ia dijangka akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200, RAM 12GB, storan 256GB, skrin AMOLED Full HD+ berukuran 6.43 inci dengan kadar 120Hz, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W.

Untuk kamera pula, ia mungkin berkongsi kamera yang sama dengan realme GT Neo 2 iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera hadapan 16MP. Telefon ini mungkin hanya akan dihadkan pada pasaran China memandangkan realme GT Neo 2 masih belum dilancarkan secara antarabangsa.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version