Site icon TechNave BM

realme GT Neo 2T akan dilancar pada bulan ini, mungkin dilengkapi Dimensity 1200 khas

realme GT Neo 2 telah pun dilancar pada bulan September lalu namun nampaknya itu bukanlah realme GT Neo yang terakhir pada tahun ini. Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, realme sudah pun merancang untuk melancarkan realme GT Neo 2T pula pada bulan Oktober 2021.

Peranti ini mempunyai nombor model RMX3357 dan dikhabarkan akan dilengkapi cipset Dimensity 1200 khas. Ini mungkin bermakna bahawa telefon ini akan mempunyai kelajuan CPU yang lebih tinggi berbanding Dimensity 1200 asal.

Beliau turut menyatakan bahawa telefon ini akan dibina bersama pihak luar atau intellectual property (IP) China yang popular, jadi ini mungkin sebenarnya realme GT Neo 2 edisi khas yang dijenamakan semula bersama jenama lain.

Daripada segi spesifikasi, ia dikhabarkan akan dilengkapi RAM 12GB, bateri 5,000mAh dan skrin AMOLED 120Hz 6.62 inci. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version