Site icon TechNave BM

realme GT Neo 2T dilancar, miliki Dimensity 1200 dan skrin 6.43” 120Hz bermula ~RM1,370

realme hari ini telah melancarkan telefon pintar realme GT Neo 2T yang merupakan legasi kepada generasi kedua GT Neo. realme GT Neo 2T mempunyai reka bentuk GT Neo pertama yang sedikit diubahsuai.

realme GT Neo 2T menggunakan paparan AMOLED 6.43 inci dengan resolusi 2400 x 1080 piksel dengan kadar penyegaran semula 120 Hz dan kadar pengambilan sentuhan 360 Hz. Skrinnya merangkumi 91.7% panel depan dan kecerahan puncaknya adalah 1000nits.

GT Neo 2T dilengkapi cipset Dimensity 1200, RAM 8/12 GB LPDDR4x, storan dalaman 128/256 GB UFS 3.1 dan terdapat fungsi pengembangan maya RAM hingga 7 GB. Kamera swafotonya mempunyai resolusi 16MP dan bahagian belakangnya terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 64MP + ultra-lebar 8MP + makro 2MP.

Terdapat sokongan dwi-SIM, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1, GPS, NFC, port USB Type-C dan bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos. Ukuran peranti ini ialah 158.5 × 73.3 × 8.4 mm dan berat 186 gram. Telefon pintar ini menggunakan paparan antara muka realme UI 2.0 beroperasi atas Android 11 dan mempunyai kapasiti bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

realme GT Neo 2T dilancarkan untuk pasaran di China hari ini dan penjualan akan bermula pada 1 November. Terdapat tiga varian tersedia iaitu 8/128 GB dengan harga $328 (~RM1,370), 8/256 GB dengan harga $359 (~RM1,500) dan 12/256 GB dengan harga $406 (~RM1,700).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version