Site icon TechNave BM

realme GT Neo 3 edisi Naruto tidak dilancarkan di Malaysia

Semalam, pihak media menerima pra-tonton realme GT Neo 3 dan percubaan menggunakan telefon ini. realme Malaysia turut mempamerkan realme GT Neo 3 edisi Naruto yang telah pun dilancarkan di China.

Walau bagaimanapun, peminat animasi Naruto mungkin kecewa kerana kami mendapati realme GT Neo 3 edisi Naruto tidak akan dilancarkan di Malaysia. Ini disahkan semasa sesi soal jawab dengan jurucakap realme Malaysia. Ini kerana mereka ingin lebih fokus pada realme GT Neo 3 standard.

Edisi Naruto tidak membawa banyak perbezaan dengan versi standard daripada segi spesifikasi teknologi. Ia hadir dalam konfigurasi 12GB + 256GB dengan reka bentuk badan berwarna oren menandakan warna pakaian Naruto, logo Hidden Leaf Village dan “realme x Naruto” di sebelah modul tri-kamera di bahagian belakang.

Edisi Naruto turut memberikan bungkusan dengan reka bentuk skrol Naruto, foto Naruto, alat pin SIM Hidden Leaf Village khas, pengecas oren dan kabel pengecas USB-C. Agak menyedihkan kerana edisi ini tidak masuk ke dalam pasaran Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version