Site icon TechNave BM

realme GT Neo 3 Thor Love and Thunder Edition mungkin tidak masuk ke pasaran Malaysia

Nampaknya, filem Thor: Love and Thunder ditangguhkan di Malaysia atas sebab tertentu. Bukan itu sahaja, kami turut menjangka realme GT Neo 3 Thor Love and Thunder Edition tidak akan hadir ke Malaysia walaupun ia telah dilancarkan di India pada hari ini.

realme GT Neo 3 Thor Love and Thunder Edition hampir sama dengan varian standard tetapi ia hanya membawa varian RAM 12GB dan storan 256GB. Reka bentuk jalur biru dan putih realme GT Neo 3 pun masih kekal pada edisi ini.

Namun, kotak pembungkusannya membawa kelainan dengan gambaran tukul Mjonil Thor di bahagian depan. Kotaknya lebih besar hadir dengan pelekat, dua kad Thor dan simbol tukul Mjolnir. Harga untuk edisi Thor ini adalah Rs. 42,999 (~RM2394).

Selain daripada konfigurasi di atas, telefon ini mempunyai cipset MediaTek Dimensity 8100, paparan AMOLED 6.7 inci dalam resolusi FHD+, kadar penyegaran semula 120Hz, bateri 4,500mAh dengan teknologi pengecasan pantas 150W SuperDart, kamera hadapan 16MP dan tiga kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP.

Peminat Thor di Malaysia pasti kecewa sekiranya khabar angin ini benar-benar berlaku. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version