Site icon TechNave BM

realme GT Neo 3T akan dilancar dalam masa terdekat

Sejak awal bulan ini, terdapat banyak khabar yang mengatakan tentang kewujudan telefon pintar realme GT Neo 3T pada masa akan datang, kerana ia telah mendapat banyak pengiktirafan dari pelbagai negara.

Kini, realme sudah mengesahkan pelancaran telefon tersebut melalui sebuah poster dalam ciapan di Twitter. Poster tersebut menujukkan rekaan ringkas untuk skrin telefon tersebut, di mana ia mempunyai sempadan bezel nipis dan sebuah kamera swafoto yang diletakkan dalam lubang kecil di bahagian atas kiri.

Sungguh pun begitu, realme masih belum berkongsi sebarang tarikh pelancaran atau spesifikasinya. Poster tersebut menunjukkan garisan berwarna oren pada telefon tersebut, jadi ia mungkin mempunyai hiasan jalur seperti dalam realme GT Neo3 sebelum ini.

Menurut laman web penanda aras Geekbench, realme GT Neo 3T mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 870, sistem operasi Android 12 dan RAM 8GB. Selain itu, ia juga dijangka akan mempunyai spesifikasi serupa dengan realme GT Neo3 termasuklah skrin AMOLED 120Hz dan pengecasan pantas UltraDart 150W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version