Site icon TechNave BM

realme GT Neo 3T dalam penyenaraian Geekbench: Tampilkan cipset Snapdragon 870

realme sedang membangunkan telefon pintar Neo seterusnya iaitu realme GT Neo 3T yang baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan National Broadcasting and Telecommunication (NBTC). Ini bermakna peranti pasti dilancarkan tidak lama lagi.

realme GT Neo 3T telah dikesan dalam pangkalan data Geekbench kerana terdapat pendedahan oleh seseorang yang memiliki prototaip peranti. Bukan seperti realme GT Neo 3 yang membawa cipset MediaTek Dimensity 8100, GT Neo 3T akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 870.

Peranti akan dilengkapi dengan RAM 8GB dan mungkin terdapat variasi RAM yang lain. GT Neo 3T akan menggunakan realme UI 3.0 berdasarkan Android 12. Prototaip tersebut berjaya memperoleh 1,003 skor teras tunggal dan 2,607 skor berbilang teras dalam Geekbench 5.

Spesifikasi yang lain pula, realme GT Neo 3T dijangka mempunyai kamera belakang utama 64MP dan kamera swafoto 16MP. Berdasarkan pensijilan di atas, peranti mempunyai versi 256GB dan skrin 6.5 inci.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version