Site icon TechNave BM

realme GT Neo 3T dapat pengiktirafan Thailand: Mungkin tampilkan skrin 6.5 inci dan storan 256GB

Pada bulan Mac lepas, realme telah melancarkan telefon pintar realme GT Neo3. Kini, syarikat tersebut akan membawa varian ‘T’ tidak lama lagi yang baru sahaja mendapat pensijilan National Broadcasting and Telecommunication (NBTC).

Pihak berkuasa pensijilan Thailand itu mendedahkan realme GT Neo 3T membawa nombor model RMX3371. Namun, ia tidak mendedahkan sebarang spesifikasi peranti. 

Pensijilan NBTC realme GT Neo3 GT

Terdapat sumber daripada Volza telah mendedahkan bahawa realme GT Neo 3T akan mempunyai storan 256GB dan memuatkan skrin 6.5 inci yang lebih kecil berbanding GT Neo3 yang membawa paparan 6.7 inci.

Pelancaran telefon pintar ini masih tidak diketahui, tetapi ia mungkin tidak mengambil masa yang lama memandangkan GT Neo3T telah muncul di laman web Bureau of Indian Standards (BIS) dan Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN). Kami masih menunggu berita seterusnya mengenai peranti ini. 

realme GT Neo3 GT menggunakan paparan 6.5 inci

Sementara itu, realme GT Neo3 telah dilancarkan secara global pada 29 April lepas. Ia membawa cipset Dimensity 8100 SoC, skrin AMOLED 6.7 inci 120Hz, kamera utama 50MP dengan OIS dan bateri 4,500 mAh yang menyokong pengecasan 150W. Terdapat juga versi 80W yang memuatkan bateri 5,000 mAh.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version