Site icon TechNave BM

realme GT Neo 3T dilancar: SD 870, AMOLED 6.62″ dan pengecasan 150W bermula ~RM2,065

realme hari ini telah mengumumkan ahli baharu dalam siri GT iaitu realme GT Neo 3T secara global. Pada asasnya, ia sama dengan standard GT Neo 3 namun dilengkapi cipset Snapdragon 870 yang dinaik taraf dan kamera utama 64MP.

Neo 3T masih menggunakan paparan AMOLED 6.62 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Telefon ini tersedia dengan tiga pilihan warna iaitu kuning dan putih dengan kemasan reka bentuk bendera perlumbaan serta warna hitam.

Bahagian belakang realme GT Neo 3T mempunyai kamera utama 64MP, ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Peranti ini mempunyai cipset Snapdragon 870, RAM 8GB dan storan 128/256GB, bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W dan menggunakan antara muka realme UI 3.0 berasaskan Android 12 .

Varian storan 8/128GB realme GT Neo 3T berharga $470 (~RM2,065) dan versi storan 8/256GB berharga $510 (~RM2,240). GT Neo 3 varian 8/256GB dilengkapi dengan pengecasan pantas 80W dan bateri 5,000mAh berharga $650 (~RM2,855) manakala versi 12/256GB yang dilengkapi dengan pengecasan pantas 150W berharga $750 (~RM3,295) .

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version