Site icon TechNave BM

realme GT Neo 5 mungkin dilengkapi SD 8+ Gen 1 dan pengecasan pantas 240W

Pada 5 Januari nanti, realme bakal mengadakan acara yang berkemungkinan terdapat pengumuman untuk realme GT Neo 5. Dalam acara yang sama, realme turut mendedahkan pengecasan pantas 240W baharunya. Poster yang muncul menunjukkan realme GT Neo 5 dan beberapa spesifikasi utamanya.

Poster tersebut dikirim oleh salah seorang sumber yang boleh dipercayai. Menurut sumber, realme akan menggunakan cipset Snapdragon untuk segmen andalan. Telefon ini dilaporkan datang dengan pengecasan 240W dan mempunyai persediaan tiga kamera. Ia juga akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1.

Sumber itu juga mendakwa kamera utama akan menggunakan sensor Sony IMX890 50MP dengan OIS, ultralebar 8MP dan makro 2MP. realme GT Neo 5 dikhabarkan akan membawakan bateri 4,600 mAh dengan pengecasan 240W. Beberapa khabar angin menunjukkan pelancaran varian lain dengan bateri 5,000 mAh.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya. Jika melihat kepada khabar angin yang tersebar dan pengumuman teknologi pengecasan, kami menjangkakan ia akan memasuki pasaran pada suku pertama 2023.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Weibo

Exit mobile version