Site icon TechNave BM

realme GT Neo 5 SE dilancar: SD 7+ Gen 2 dan bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 100W

Pada bulan Februari lepas, realme telah melancarkan realme GT Neo 5 sebagai telefon pertama di dunia dengan pengecasan pantas 240W. Hari ini, jenama itu memperkenalkan realme GT Neo 5 SE yang juga merupakan telefon kedua selepas Redmi Note 12 Turbo yang menampilkan cipset Snapdragon 7 Plus Gen 2.

realme GT Neo 5 SE mempunyai panel OLED rata 6.74 inci dengan lubang tebuk di bahagian tengah atas skrin. Skrin ini menawarkan resolusi 1.5K 1240 x 2772 piksel, kadar segar semula 144Hz, pemalapan frekuensi tinggi 2160Hz dan kecerahan puncak 1,400 nits. 

Ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 7 Plus Gen 2 yang menawarkan prestasi andalan, LPDDR5x RAM sehingga 6GB dan storan UFS 3.1 sehingga 1TB. realme GT Neo 5 SE mempunyai kamera swafoto 16MP di bahagian hadapan manakala kamera belakangnya merangkumi sensor utama 64MP, sensor ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP. 

Ia juga merupakan peranti kelas pertengahan pertama yang menyokong pengecasan pantas 100W. Kapasitti baterinya agak besar iaitu 5,500mAh di mana syarikat tersebut mengatakan bahawa ia boleh bertahan sehingga dua hari dengan sekali caj. 

Spesifikasi lain termasuk realme UI 4.0 berdasarkan Android 13, dwi-SIM, 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, GPS, NFC, blaster IR, port USB-C, dwi pembesar suara stereo dan bicu audio 3.5mm. Anda boleh dapatkannya dalam warna Final Fantasy dan hitam.

Di bawah merupakan harga peranti ini di China mengikut variannya:

Persoalan kami adalah adakah realme GT Neo 5 SE ini akan tiba di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version