Site icon TechNave BM

realme GT Neo mungkin hadir dengan cipset Dimensity 1200, dilancar dalam masa terdekat

Semalam, realme telah melancarkan telefon kelas andalan mereka realme GT untuk pasaran China. Pada hujung acara pelancaran tersebut, eksekutif realme Xu Qi telah mengacah satu model baru dalam siri realme GT yang akan dilancar tidak lama lagi.

Model baru tersebut adalah realme GT Neo dan mengikut sumber terkini, ia akan menggunakan cipset Mediatek Dimensity 1200. Cipset Dimensity 1200 adalah cipset kelas andalan Mediatek dan ia mempunyai kenaikan prestasi sebanyak 22% berbanding Dimensity 1000+ yang lalu. Cipset ini juga menyokong kadar segar semula sehingga 168Hz dan sensor kamera sehingga 200MP.

Sumber menyatakan realme mungkin akan melancarkan peranti ini sekitar hujung bulan Mac atau awal bulan April.

Adakah anda meminati siri realme GT ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version