Site icon TechNave BM

realme GT Neo sah hadir dengan kamera utama 64MP Sony IMX682, contoh gambar ditunjukkan

realme bakal melancarkan telefon andalan mampu milik, realme GT Neo tidak lama lagi pada 31 Mac ini. Sebelum ini, realme GT Neo telah disahkan akan hadir dengan cipset andalan terbaru dari Mediatek, Dimensity 1200, skrin AMOLED 120Hz dan Android 11.

Kini, realme memberitahu bahawa peranti ini bakal hadir dengan kamera utama 64MP yang menggunakan sensor Sony IMX682. Peranti ini juga akan hadir dengan dua lagi kamera (mungkin kamera ultra lebar dan makro).

Mengikut realme, kamera utama peranti ini menyokong teknologi pengabungan bingkai pelbagai (multi-frame synthesis technology) yang dapat menambahbaik butiran gambar. Ia juga membolehkan pengguna untuk zum dan potong gambar tanpa kehilangan butiran dan kejelasan.

Berikut adalah beberapa contoh gambar dari realme GT Neo yang telah dikongsikan oleh realme.

Adakah anda teruja dengan peranti terbaru realme ini? Kongsikan bersama kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version