Site icon TechNave BM

realme GT Neo2 akan dilancar pada 22 September 2021

Sebelum ini, realme telah pun mengesahkan kewujudan telefon pintar realme GT Neo2 dan kini peminat realme boleh melihat rupa peranti itu yang akan dilancar pada hari Rabu, 22 September 2021 jam 2:00 petang di China.

realme mengatakan telefon itu akan disasarkan kepada gamers tegar (“hardcore players”), terutamanya apabila ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 870, skrin AMOLED Full HD+ 6.62 inci dan RAM 12GB.

Telefon itu adalah penyambung kepada realme GT Neo yang telah dilancar pada awal tahun ini dan dilancar sebagai realme X7 Max 5G untuk pasaran antarabangsa. realme GT Neo2 mungkin tidak akan dinamakan semula sebagai “realme X8” kerana mereka telah mengesahkan bahawa siri X akan digantikan dengan siri GT.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan GT Neo2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version