Site icon TechNave BM

realme GT Neo2 dan realme Pad bakal dilancarkan di Malaysia pada 3 November 2021

realme sentiasa menyediakan teknologi canggih berkualiti tinggi untuk pengguna dengan harga yang berpatutan. Kini, mereka telah mengumumkan pelancaran realme GT Neo2 dan realme Pad yang akan tersedia di Malaysia pada 3 November 2021.

realme GT Neo2 adalah peranti yang pertama menggunakan Diamond Thermal Gel sebagai lapisan pelesapan haba bersama 8 lapisan sistem penyejukan, di mana penyejukan berlaku dengan pantas menjadikannya andalan terbaik untuk permainan. Ia dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 870 dan skrin E4 AMOLED dengan penyegaran semula 120Hz.

realme Pad ultra-nipis pula menampilkan paparan WUXGA+ (Widescreen Ultra eXtended Graphics Array Plus) berukuran 10.4-inci dengan pembesar suara Quad Dolby Atmos. Ia memberi pengalaman menonton dan kualiti bunyi yang luar biasa sesuai untuk kerja, belajar atau hiburan.

Anda boleh ke laman Facebook realme untuk maklumat mengenai realme GT Neo2 dan realme Pad. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina 

Exit mobile version