Site icon TechNave BM

realme GT Neo2 dilancar: Snapdragon 870, cas pantas 65W, skrin 120Hz bermula ~RM1,775

realme telah mula menjual telefon pintar kelas pertengahan realme GT Neo2 di India pada hari ini, beberapa minggu selepas ia diumumkan di China pada bulan September.

realme GT Neo2 dilengkapi cipset Snapdragon 870, skrin AMOLED berukuran 6.62 inci dengan resolusi Full HD+, keterangan 1,300 nits dan kadar segar semula 120Hz, bateri 5,000mAh serta pengecasan pantas 65W yang boleh mengecas penuh sepantas 36 minit sahaja.

Untuk tujuan penyejukan sewaktu gaming, ia turut dilengkapi gel penyejukan dengan zarah berlian (diamond particles), lapisan graphene dan kamar penyejukan wap sebesar 4,129 milimeter persegi. realme berkata ini boleh merendahkan suhu sebanyak 18°C dan menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 20% berbanding realme GT Neo.

Daripada segi fotografi, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Berikut adalah harga varian realme GT Neo2 untuk pasaran India:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version