Site icon TechNave BM

realme GT Neo2 disahkan, mungkin dilengkapi Snapdragon 870 dan skrin 120Hz

Selepas melancarkan realme GT Master Edition, realme telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme GT iaitu realme GT Neo2. Ia merupakan penyambung kepada realme GT Neo yang telah dilancar pada bulan Mac 2021.

realme telah berkongsi maklumat pengesahan telefon itu dalam laman Weibo rasmi mereka namun tarikh pelancarannya masih belum diketahui. Pengumuman tersebut dibuat sempena jualan realme GT Neo yang telah mencapai sejuta unit.

Menurut pengkhabar berita teknologi Abhishek Yadav, realme GT Neo2 mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 870, skrin 6.62 inci dengan kadar 120Hz, RAM 8GB, storan dalaman 128GB, tiga kamera di belakang (64MP+8MP+2MP) dan bateri 5,000mAh. Maklumat ini adalah selari dengan khabar realme GT Neo2 yang tertiris pada bulan lalu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version