Site icon TechNave BM

realme GT Neo2: Mungkin berharga ~RM1,747 untuk RAM 8GB

Sebelum perasmian realme GT Neo2 pada 22 September ini, realme telah mendedahkan beberapa spesifikasi utama dan reka bentuknya. 

realme GT Neo2 berkemungkinan hadir dengan RAM 6GB atau 8GB dengan storan 128GB. Storannya turut hadir dalam versi 12GB/ 256GB. Varian asas berharga $387 (~RM1,621.34), manakala RAM 8GB dengan harga $417 (~RM1,747.02) dan versi yang paling tinggi akan berharga $464 (~RM1943.93).

Dijangka, harga-harga ini lebih mahal berbanding di China namun kita harus menunggu pengumuman rasmi untuk lebih tahu maklumat yang lain. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT Neo2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version