Site icon TechNave BM

realme GT Neo3 akan dilancar pada 22 Mac 2022

realme telah mengesahkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan seterusnya, realme GT Neo3, bakal dilancar pada 22 Mac 2022 di China. Mereka turut mengumumkan bahawa realme GT Neo3 akan ditawarkan dalam edisi khas realme GT Neo3 Le Mans, di mana ia akan mempunyai corak dwi-jalur di belakang telefon.

realme GT Neo3 Le Mans akan ditawarkan dalam warna biru dan putih, manakala corak jalurnya adalah mirip dengan jaluran pada kereta lumba bagi memperingati legasi perlumbaan Le Mans. Gambar yang telah dikongsi oleh realme menunjukkan tiga kamera di belakang, manakala di bawah pula terdapat pembesar suara, port USB-C dan ruang dwi-kad SIM.

Memandangkan realme GT Neo2 sebelum ini tidak mempunyai bicu audio 3.5mm, realme GT Neo3 juga mungkin tidak ada bicu tersebut. Setakat ini, realme GT Neo3 telah disahkan akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8100 dan pengecasan pantas 150W.

Adakah anda berminat dengan realme GT Neo3? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version