Site icon TechNave BM

realme GT Neo3 bakal dilancar pada 29 April: Miliki pengecasan pantas 150W

realme akan melancarkan peranti baharu di India sebelum membawakan model standard realme GT2 pada 4 Mei. Peranti ini dinamakan sebagai realme GT Neo3 akan dilancarkan secara global pada 29 April ini.

Buat pertama kalinya realme GT Neo3 disebut di MWC 2022 oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Madhav Sheth, kemudian jenama itu mengambil masa sebulan sebelum dirasmikan terlebih dahulu di China. Ia mempunyai pengecasan pantas 150W yang merupakan pengecasan terpantas pada masa ini dalam telefon pintar dan terdapat pilihan 80W yang disertakan dengan kapasiti bateri yang lebih besar.

Ia juga mempunyai rekaan belakang bertemakan Le Mans yang muncul dalam imej promosi di India. Selain itu, terdapat paparan AMOLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, kamera utama 50MP dan Android 12.

Harga realme GT Neo3 di China bermula dari CNY1,999, (~RM1,334) tetapi versi 150W bermula pada harga CNY2,599 (~RM1,735). Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  GSMArena 

Exit mobile version