Site icon TechNave BM

realme GT Neo3 dilancar: Dimensity 8100, UltraDart 150W, AMOLED 6.7″ 120Hz bermula ~RM1,325

Pada hari ini, realme melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru di China iaitu realme GT Neo3. Selain menampilkan spesifikasi menarik untuk sebuah telefon kelas pertengahan, ciri utama pada peranti ini adalah teknologi pengecasan yang sangat pantas iaitu 150W UltraDart Charging.

realme GT Neo3 akan ditawarkan dalam dua varian utama, di mana satu varian akan dilengkapi pengecasan 150W dan bateri 4,500mAh manakala satu lagi varian mempunyai kadar pengecasan 80W dan bateri 5,000mAh.

realme mengatakan varian pengecasan 150W itu boleh mengecas baterinya daripada 0% ke 50% dalam masa lima minit, manakala varian pengecasan 80W boleh mengecas penuh baterinya dalam masa 32 minit.

Bagi meningkatkan keselamatan telefon yang dilengkapi teknologi pengecasan pantas 150W ini, realme melengkapkan 38 langkah perlindungan seperti algoritma kawalan suhu yang memastikan suhu bateri tidak melebihi 43°C sewaktu mengecas. realme juga mengatakan bateri itu masih boleh mengekalkan 80% daripada kapasitinya walaupun selepas 1,000 kali pengecasan.

Selain kadar pengecasan pantas, realme GT Neo3 turut mempunyai rekaan jalur yang diinspirasikan daripada perlumbaan kereta Le Mans dan Silverstone. Ia akan ditawarkan dalam warna biru Le Mans, perak Silverstone dan hitam. Kameranya pula mempunyai sensor Sony IMX766 yang setaraf dengan telefon pintar andalan, serta mempunyai penstabilan imej optikal (OIS).

Berikuta adalah spesifikasi penuh untuk realme GT Neo3:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version