Site icon TechNave BM

realme GT Neo3 edisi Naruto dilancar, miliki pakej pembungkusan menarik berharga ~RM1,830

Kerjasama terbaru realme adalah dengan siri anime ikonik Naruto dan telefon edisi terhad GT Neo3 yang diinspirasikan oleh watak terkenal itu dihasilkan. Spesifikasi telefon adalah sama dengan versi pengecasan GT Neo3 150W manakala pembungkusan dan penampilan produknya dipadankan bersama tema watak Naruto.

Telefon ini mempunyai warna oren yang bercampur dengan unsur hitam manakala bonggol kamera diperbuat daripada logam dengan rekaan seperti pengikat kepala Naruto. realme juga memastikan pembungkusan itu menarik perhatian dengan kotak skrol khas yang mengandungi telefon, sarung khas, pin ejektor SIM Naruto, palam pengecasan 150W.

Selain itu, terdapat juga kabel serta bank kuasa 10,000mAh bertema Naruto dengan pengecasan pantas 33W. Telefon ini turut dimuatkan dengan kertas dinding Naruto, ikon, bunyi dan animasi pengecasan khas.

realme GT Neo3 edisi Naruto akan dijual pada harga CNY 2,799 (~RM1,830) untuk varian tunggal iaitu RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. Jualan terbuka di China bermula pada 31 Mei. Harga antarabangsa dan ketersediaan masih belum dipastikan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version