Site icon TechNave BM

realme GT Neo3 edisi Naruto kini bawa storan 512GB, harga varian lain diturunkan

Edisi Naruto bagi realme GT Neo3 kelihatan hebat tetapi sesetengah mungkin lebih inginkan RAM dan storan yang tinggi. Oleh itu, versi terkini yang dipaparkan telah menggandakan storan kepada 512GB sambil mengekalkan kapasiti RAM pada 12GB. 

Model sebelum ini mempunyai konfigurasi 12/256GB yang disertakan dengan pengecasan pantas 150W dan harga rasminya bermula CNY 2,800 (~RM1,836).

Model 512GB membawa harga CNY 3,200 (~RM2,102). Ia menampilkan versi bateri 4,500mAh dengan pengecasan 150W. Sekiranya edisi Naruto baharu terlalu mahal untuk anda, realme telah menurukan harga bagi peranti sebelumnya. realme GT Neo3 yang membawa 80W dan 8/128GB kini bermula pada CNY 2,100 ($~RM1,379). Model 8/256GB dengan pengecasan 150W pula berharga CNY 2,400 (~RM1,576).

realme GT Neo3 telah dilancarkan secara global sebulan selepas ia dilancarkan di China, maka harganya juga mungkin turut berubah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version