Site icon TechNave BM

realme GT Neo5 akan dilancar pada 9 Februari ini

Hari ini, relame mengumumkan secara rasmi bahawa realme GT Neo5 akan dilancarkan pada 9 Februari, 2:00 petang di China dan waktu Malaysia. Peranti itu mungkin akan dipamerkan dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2023, yang akan diadakan pada akhir Februari.

Seperti dalam laporan sebelum ini, GT Neo5 akan menyokong pengecasan pantas 240W dan mempunyai dua varian bateri. Mungkin terdapat model bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 240W, dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 150W. Kedua-dua varian ini mungkin membawa reka bentuk belakang yang berbeza, tetapi kebanyakan spesifikasinya dijangka sama.

realme GT Neo5 dijangka menempatkan panel OLED 6.74 inci dengan reka bentuk lubang tebuk, menawarkan resolusi 1.5K, kadar penyegaran semula 144Hz dan pengimbas cap jari dalam paparan.

Berkemungkinan besar, ia akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Plus Gen 1, digandingkan dengan RAM LPDDR5 sehingga 16GB, storan UFS 3.1 sehingga 1TB dan realme UI 4.0 berdasarkan Android 13.

Daripada segi kamera, ia mempunyai kamera swafoto 16MP serta tri-kamera belakang yang terdiri daripaada kamera utama Sony IMX890 50MP dengan sokongan Penstabilan Imej Optik (OIS), lensa ultra lebar 8MP dan makro 2MP. Ia juga dikatakan dilengkapi dengan lampu RGB dan IR blaster.

Namun, butiran yang dinyatakan hanyalah jangkaan dan masih tidak rasmi. Maklumat seterusnya pasti akan didedahkan menjelang pelancaran peranti. Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version