Site icon TechNave BM

realme GT Neo5 mungkin tampilkan cipset SD 8+ Gen 1, kamera Sony OIS dan 2 varian bateri

realme telah mengesahkan pelancaran telefon pintar realme GT Neo5 dengan mengeluarkan imej promosi menunjukkan peranti ini akan menyokong pengecasan pantas 240W

Tarikh rasmi pelancaran masih tidak diberitahu tetapi Abhishek Yadav menjangkakan GT Neo 5 akan dilancarkan pada 8 Februari ini. Telefon pintar ini juga akan menjadi telefon pertama di dunia yang menyokong pengecasan pantas 240W di mana ia boleh mengecas penuh peranti dalam masa sembilan minit.

Selain itu, GT Neo 5 mungkin dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan menampilkan sensor kamera utama Sony IMX890 dengan sokongan untuk penstabilan imej optik (OIS). Ia membawa reka bentuk modul kamera dalam warna hitam dan panel belakang yang lain dalam putih. Ia mempunyai dataran kamera segi empat memanjang yang juga menempatkan satu lagi modul segi empat tepat menegak.

realme GT Neo 5 dikhabarkan akan menampilkan paparan OLED 6.7 inci dengan resolusi 1.5K, kadar penyegaran semula 144Hz, pengimbas cap jari, LPDDR5 RAM 16GB dan storan UFS 3.1 256GB. Ia mungkin mempunyai dua varian bateri iaitu 4,600mAh dengan sokongan pengecasan 240W dan 5,000mAh dengan pengecasan 150W.

Varian manakah yang akan menjadi pilihan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version