Site icon TechNave BM

realme GT Neo5 SE akan dilancar pada 3 April 2023, dilengkapi cipset Snapdragon 7+ Gen 2

realme telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT Neo5 SE pada 3 April 2023, jam 2:00 petang di China. Syarikat teknologi China itu memaklumkan tarikh pelancaran realme GT Neo5 SE melalui platform media sosial Weibo.

Telefon itu bakal mempunyai dwi-jalur yang sinonim dengan siri realme GT, serta bonggol kamera berbentuk petak yang agak besar. Ia mempunyai dua bulatan besar berwarna hitam, di mana bulatan besar di atas menempatkan sebuah lensa manakala bulatan di bawah menempatkan dua lensa.

Selain itu, realme GT Neo5 SE juga bakal dilengkapi cipset kelas pertengahan Snapdragon 7+ Gen 2, menjadikannya telefon realme pertama yang dilengkapi cipset tersebut. Snapdragon 7+ Gen 2 baru sahaja dilancar oleh Qualcomm, di mana ia menawarkan penambahbaikan prestasi sebanyak 50 peratus daripada generasi sebelumnya, Snapdragon 7 Gen 1.

Selain itu, spesifikasinya telah tertiris melalui perkhidmatan penanda aras AnTuTu, di mana ia mendapat markah 1,009,127 mata dan hampir setaraf dengan telefon andalan. Telefon ini bakal dilengkapi RAM 16GB dan storan dalaman 1TB.

Ia juga dikhabarkan bakal menawarkan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 100W dan sistem operasi Android 13 dengan realme UI 4.0.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme Weibo

Exit mobile version