Site icon TechNave BM

realme GT Neo6 SE akan dilancar pada 11 April 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits

Presiden realme China, Xu Qi Chase, telah mengumumkan bahawa syarikat teknologi itu akan melancarkan telefon pintar realme GT Neo 6 SE pada 11 April 2024 jam 2:00 petang (sama waktu dengan Malaysia). Ia merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang menampilkan pelbagai spesifikasi canggih seperti pengecasan pantas 100W dan skrin yang sangat cerah.

Rekaannya sudah pun ditunjukkan dalam Weibo yang kelihatan seperti berikut:

Telefon ini bakal mempunyai skrin dengan kecerahan puncak 6,000 nits

Spesifikasinya juga telah disenaraikan oleh TENAA, seperti cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 3 dan skrin AMOLED 6.78 inci dengan resolusi QHD+ dan kecerahan puncak 6,000 nits. yang boleh menjana kecerahan puncak 6,000 nits. RAM 16GB, storan dalaman sehingga 1TB, bateri 5,500mAh, pengecasan pantas 100W dan kamera utama 50MP.

Ia juga telah didaftarkan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench dengan nombor model RMX3850. Ia memperoleh markah 1,902 untuk ujian teras tunggal dan 5,317 untuk markah multi-teras iaitu markah yang agak bagus untuk telefon kelas pertengahan dan menghampiri prestasi telefon kategori andalan (flagship).

Markah penanda aras Geekbench untuk realme GT Neo6 SE

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version