Site icon TechNave BM

realme GT peranti Snapdragon 888 hadir dengan rekaan kulit kuning seperti Bumblebee

Terdahulu, peranti baharu realme GT telah sah bakal dilancar di pasaran China terlebih dahulu pada 4 Mac 2021. Rekaan realme GT dan banyak spesifikasinya yang masih kekal misteri setakat ini. Namun, sumber mendedahkan bahawa realme GT bakal hadir dengan salah satu pilihan warna menarik yang menyerupai tema warna robot Bumblebee dalam filem Transformers.

Menurut sumber, reamle GT memiliki versi rekaan kulit dengan gabungan warna kuning dan hitam. Bukan hanya warna dan rekaan, tetapi sumber turut mendakwa ia mempunyai tekstur kulit yang baik. Anda boleh melihat dengan lebih dekat rekaan dan tekstur kulit salah satu varian realme GT.

Gabungan warna ini sebenarnya agak sinonim dengan nama realme GT. Apa pun, kita perlu menunggu berita seterusnya untuk melihat rekaan dan spesifikasi realme GT yang sebenar. realme GT sudah disahkan bakal hadir dengan Snapdragon 888, storan UFS 3.1 dan RAM LPDDR 5.

Adakah anda berminat dengan realme GT? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Chat Station/Weibo

Exit mobile version